Saturday, May 8, 2010

aktiviti hari guru

1. persembahan murid
- thn 1 - nyanyian + puisi
- thn 2 - nyanyian 'maafkan kami'
- thn 3 - nasyid 'guruku'
- thn 4 - dikir barat 'hari ini hari guru'
- thn 5 - sketsa 'cita2ku'
- thn 6 - tiupan rekoder + nyanyian 'warisan'

2. persembahan guru
- nyanyian 'guru malaysia'
- nyanyian lagu tema
- nyanyian 2 buah lagu (rahsia)
- silap mata...boleh x?

3. sukaneka
- ntah...tanyalah teacher mai

Friday, April 23, 2010

pasukan bola baling (L) SKKT

pasukan bola baling (P) SKKT

pasukan bola jaring SKKT

baru ke?

ada kereta baru la. cantik... warna putih. ala, xheran la kalau orang banyak duit beli kereta baru. apa salahnya tambah koleksi kereta. lagipun tuan kereta xminta duit kita... hahaha. bila tengok empunya kereta tadi, ceria je. itu maknanya dia gembira. sebagai kawan, saya turut tumpang gembira. kalau saya, hanya mampu beli kereta sorong je stakat ni. hehehe

lamanya...

wah, lamanya xberceloteh di blog ni. maklumlah skrg ni sibuk sgt. xsempat.

banyak cerita yang blm sempat dikongsi. sblm ini, SKKT telah menghantar pasukan untuk menyertai pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring, Badminton, dan Bola Baling peringkat Zon Pelajaran Semantan. Secara keseluruhannya, pencapaian kurang memberangsangkan. Namun, pasukan Bola Baling kategori perempuan berjaya mendapat pingat utk tempat keempat dalam pertandingan baru2 ini.

Lebih dibanggakan lagi, ada 2 org murid SKKT telah mewakili daerah Temerloh untuk acara olahraga yang diadakan di Temerloh.

Tahniah kepada yang berjaya. Untuk yang kurang bernasib baik... cuba lagi dilain kali.

Thursday, February 18, 2010

hari keluarga

dgr2 kata kelab guru nak berkunjung ke Melaka. Kenapa Melaka???? ok je. tapi basikalletrik rasa mcm biasa je la. tiada yg special. dah biasa sgt g Melaka. xpelah. ikutlah nak g mana pun.

Thursday, February 11, 2010

xpuas hati

masa pertandingan akhir acara padang smlm & hari ini, ada guru2 rumah sukan xpuas hati ngan prestasi peserta masing2. sampaikan ada yang marah2. (bkn marah pengadil, bkn marah cikgu2 lain mahupun murid) mungkin kesal sbb salah pilih peserta. lgpun rasanya mcm kurang suasana hari sukan. mcm suram je. semangat tara mai lg.

Wednesday, February 10, 2010

Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan Sekolah dah hampir tiba. Antara acara yg dipertandingkan:
Acara padang - Lompat statik, lompat tinggi, lontar peluru
Acara balapan - larian 100m, 200m, 80m, 60m, 40m, 4x100m, 4x200m
Sukaneka - golek tayar, skipping, jalan kasut getah

Pertandingan akhir acara padang telah & akan diadakan pada 10 & 11 Februari 2010. Kemuncak sukan ni akan diadakan pd 25 hb Februari ni kat Padang Awam Kubang Gajah.

Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas

Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas utk thn 2010 dah mula daripada minggu lps. Kelas yg dah menang utk thn lps:
Tahap I = Thn 2 Usaha
Tahap II = Thn 5 Jaya
Berkobar-kobar nampak cikgu2 kelas.
Tp xkurang cikgu yang buat derk je...

Thursday, January 21, 2010

CUTI AM DITULIS MENGIKUT TURUTAN TARIKH

1. TAHUN BARU 2010 - 1 JAN - JUMAAT
2. TAHUN BARU CINA - 14 & 15 FEB - AHAD & ISNIN
3. MAULIDUR RASUL - 26 FEB - JUMAAT
4. HARI PEKERJA - 1 MEI - SABTU
5. HARI HOL - 7 MEI - JUMAAT
6. HARI WESAK - 28 MEI - JUMAAT
7. HARI KEPUTERAAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG - 5 JUN - SABTU
8. NUZUL AL-QURAN - 27 OGOS - JUMAAT
9. HARI KEMERDEKAAN - 31 OGOS - SELASA
10. HARI RAYA AIDIL FITRI - 10 & 11 SEPT - JUMAAT & SABTU
11. HARI KEPUTERAAN KYDMM SULTAN PAHANG - 24 OKT - AHAD
12. DEEPAVALI - 5 NOV - JUMAAT
13. HARI RAYA AIDIL ADHA - 17 NOV - RABU
14. AWAL MUHARRAM - 7 DIS - SELASA
15. HARI KRISMAS - 25 DIS - SABTU

PENGGAL PERSEKOLAHAN DAN CUTI AM SESI 2010

PENGGAL I

HARI PERSEKOLAHAN 4 JAN 2010 - 12 MAC 2010
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL I 13 MAC 2010 - 21 MAC 2010
HARI PERSEKOLAHAN 22 MAC 2010 - 4 JUN 2010
CUTI PENGGAL PERTAMA 5 JUN 2010 - 20 JUN 2010
___________________________________________________________
PENGGAL II

HARI PERSEKOLAHAN 21 JUN 2010 - 3 SEPT 2010
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL II 4 SEPT 2010 - 12 SEPT 2010
HARI PERSEKOLAHAN 13 SEPT 2010 - 19 NOV 2010
CUTI AKHIR TAHUN 20 NOV 2010 - 2 JAN 2010

Monday, January 18, 2010

Siapa ni????

Inilah dia satu-satunya ustaz di SKKT. Sementara yang tengah ambil gambar tu...Guru Bimbingan & Kaunseling.

Lengang....Sibuk...

Lengang je bilik guru ni. Agaknya semua cikgu kat sekolah ni sibuk kot. Rajinnya semua cikgu kat sekolah ni. Bagus. Teruskan usaha gigih anda. Semoga sentiasa cemerlang dengan pekerjaan murni kita.

Saturday, January 16, 2010

Santainya...

Wah...santainya mereka ni.

Watikah Pelantikan - 11 Januari 2010

Tahniah kepada murid-murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.

Friday, January 15, 2010

SELAMAT DATANG

Terima kasih kerana melawat ke buletin SKKT.